Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi
Surat kiriman rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a. Memohon pekerjaan
b. Membuat aduan / bantahan / cadangan
c. Membuat rayuan
d. Membuat jemputan rasmi
e. Menempah barangan
f. Meminta kebenaran
g. Atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
1. Surat kiriman rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. (Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru)
2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
3. Perhatikan format di bawah.
Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang )__________________________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
RANGKA KARANGAN
CONTOH: Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.
Rangka
1. Alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa
tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2. Buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. Nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam
huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4. Tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam
huruf besar )
5. Kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6. Perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. Perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat
contoh )
8. Perenggan ke-2: bola lama tidak dapat digunakan lagi - memerlukan bola
baru ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta
tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )
9. Perenggan ke-3: berharap agar permohonan diluluskan, supaya latihan
tidak terganggu
10. Perenggan ke-4: mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11. Penutup : terima kasih
12. Tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau
tidak )
13. Nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. Jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. Berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda
noktah dan koma.
Tips: Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai.Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI
Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
_______________________________________________________________
Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur. 10 November 2011.
Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah (ADD) pada 20 November 2011, jam 9.30 pagi.
2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.
3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.
4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Nazimah
…………………..
(SUHAILA BT ROSLI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
hi
ReplyDeleteHai too
ReplyDeletehello
ReplyDelete