Sila Layari

Join Our Facebook Fan Page Check Us Out On MySpace Follow Us On Twitter

Tuesday 15 November 2011

PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi

Surat kiriman rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.      Memohon pekerjaan
b.      Membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      Membuat rayuan
d.      Membuat jemputan rasmi
e.      Menempah barangan
f.        Meminta kebenaran
g.      Atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat kiriman rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. (Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru)
2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
3.      Perhatikan format di bawah.

Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang )__________________________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)                Tarikh : (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )


RANGKA KARANGAN

CONTOH: Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.

Rangka
1.      Alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa
      tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.      Buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.      Nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam
      huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4.      Tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam
       huruf besar )
5.      Kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.      Perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7.      Perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat
      contoh )
8.      Perenggan ke-2: bola lama tidak dapat digunakan lagi - memerlukan bola
      baru ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta
      tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )
9.       Perenggan ke-3: berharap agar permohonan diluluskan, supaya latihan
       tidak terganggu
10.   Perenggan ke-4: mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11.   Penutup : terima kasih
12.   Tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau 
        tidak )
13.   Nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14.   Jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15.   Berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda
        noktah dan koma.

Tips: Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai.Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
_______________________________________________________________
Ketua Pengarang,              
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.                                                    10 November 2011.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah (ADD) pada 20 November 2011, jam 9.30 pagi.

2.       Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.

3.       Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4.       Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
   Nazimah
…………………..
(SUHAILA BT ROSLI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

PENGENALAN KARANGAN (PENULISAN)

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )
1.      Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu murid-murid dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
2.      Dalam soalan 1, murid-murid diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilih salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1 (a) atau soalan 1 (b). Soalan 2 merupakan soalan wajib.
3.      Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.
4.      Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

JENIS-JENIS KARANGAN:

A. Karangan Berformat
1.      Jenis Surat Kiriman Rasmi
2.      Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3.      Karangan jenis Ucapan
4.      Karangan jenis Syarahan
5.      Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6.      Karangan jenis Berita
7.      Karangan jenis Catatan Diari
8.      Karangan jenis Laporan
9.      Karangan jenis Perbahasan
10.  Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat
1.      Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2.      Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3.      Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4.      Karangan Jenis Perbincangan
5.      Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6.      Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7.      Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN MENGARANG
1.      Menguji kefahaman murid-murid mengenai tajuk karangan itu.
2.      Menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid-murid dalam menarik minat pembaca.
3.      Menguji fikiran, pendapat, dan idea murid-murid.
4.      Menguji tentang sejauh mana pembacaan murid-murid.

Blog Pertama Ku....

Alhamdulillah...Akhirnya berjaya juga saya menghasilkan blog yang pertama. Insyaallah dengan permulaan yang pertama ini, dapat membuahkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.